• Home
  • About
  • Contact
  • Help
skip to main | skip to sidebar

Sue Hamzahah Life : Through My Little Heart

Sabtu, 30 Mac 2013

HIDROLOGI DAN SUMBER AIR : ISU -ISU PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA


            Sumber air adalah suatu khazanah yang sangat berharga kepada semua kehidupan dimuka bumi ini kerana ianya merupakan sumber keperluan harian manusia (Satish 2003) seperti kegunaan domestik, untuk makan dan minum, mandi, memasak dan banyak lagi. Sumber air yang banyak ini sesungguhnya telah memberikan banyak kebaikan untuk kehidupan hidupan di muka bumi terutama sekali kepada manusia. Tetapi masalahnya sekarang adalah, adakah manusia menggunakan sumber  air ini dengan cara yang bijak dan terjaga serta apakah isu-isu yang timbul akibat daripada pencemaran sumber air yang ditimbulkan oleh manusia itu sendiri? Tepuk dada tanyalah selera.
Pencemaran air merupakan suatu fenomena yang sudah sebati dengan penduduk di bumi terutama sekali di Malaysia. Pencemaran boleh dikategorikan kepada dua bahagian aiitu pencemaran punca bertitik dan punca pencemaran tidak bertitik ( Moran et. Al, 1996). Seperti yang kita sedia maklum, kita memperolehi sumber air kebanyakkannya daripada sungai-sungai. Sungai merupakan elemen yang sangat penting dalam sejarah tamadun manusia. ( Mohd Zuhaimi, 2007). Sungai-sungai yang mengalirkan air ini adalah salah satu sumber air yang penting dan disalurkan ke setiap rumah, bangunan, kawasan-kawasan tertentu dan banyak lagi. Pencemaran air yang berlaku telah menyebabkan sesetengah kawasan mengalami masalah bekalan air. Penyumbang kepada berlakunya masalah air ini adalah manusia itu sendiri. (Abdullah, 2004)
Air boleh dikatakan telah tercemar apabila berlakunya penurunan ke atas kualiti air yang sedia ada dan berlaku perubahan dari sgi fizikal air iaitu warna pada air, dari segi biologi iaitu hidupan akuatik di dalam air/ sungai dan dari segi kimia iaitu kandungan nutrient atau plankton di dalamnya.  Menurut jabatan alam sekitar, sumber ini di katakana mengalami pencemaran apabila berlakunya sebarang perubahab secara langsung atau sebaliknya dalam kandungan air yang disebabkan oleh kegiatan manusia dan sumber ini tidak sesuai untuk kegunaan harian manusia. (Surtahman Dan Ghafar, 1997 ).
Menurut UNESCO pula mendefinisikan pencemaran air sebagai satu pelemahan ke atas fungsi air yang meninggalkan kesan negatif terhadap penggunaannya. ( Kementerian Kewangan Malaysia 1977, Dalam Laporan Penyelidikan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain Dan Hamidi Ismail, 2001). Pencemaran sumber air ini adalah disebabkan oleh kepelbagaian aktiviti manusia termausklah pelepasan dari industri-industri yang berasaskan pelbagai jenis pencemar termasuklah bahan organik, bahan kimia dan juga pencemar fizikal. (Shamsudin, 2005).
Isu yang sering dibahaskan dan diberikan perhatian yang berkaitan dengan sumber air ini adalah keadaan sungai yang ada di Malaysia kini. Sebagai contohnya disini, di Selangor sahaja, ada 26 batang sungai utama yang menjadi sumber air kepada penduduk di sekitar Lembah Klang dan didapati hanya lapan batang sungai sahaja yang dikategorikan sebagai bersih manakala tujuh lagi sungai yang lain diketegorikan sebagai sungai yang mati dan selebihnya pula sederhana tercemar. (Haliza, 2007)
Pada tahun 2007 pula, kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik mendapati bahawa sebanyak 16 batang sungai di dalam Malaysia ini dikategorikan sebagai tercemar dan ‘hampir mati’. Antara sungai yang didapati mengalami keadaan tersebut ialah sungai yang berada di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan juga Johor. (Utusan Malaysia, 4 Februari 2007).
Pada 8 Disember 2010, terdapat beberapa keratan akhbar tempatan yang telah melaporkan tetang keadaan air di Tasik Kenyir yang telah tercemar akibat bakteria E-coli. Ia dikatakan sebagai auatu tahap yang membimbangkan. Ini adalah kerana terpadatnya pembuangan sisa kumbahan dan air buangan oleh pengusaha bot di kawasan tasik itu. Sampel air di sekitar kawasan tasik itu telah di ambil dan di dapati tahap pencemaran E-coli adalah diantara 2 hingga 920 MPN/100ml.  Tahap kebersihan air ini membuktikan bahawa ianya jauh di bawah tahap maksimum kesesuaian sumber air mentah berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5,000MPN/100ml. Kajian ini mendapati bahawa keadaan air di Tasik Kenyir ini masih berada pada tahap air mentah lagi. (Hj. Mohd. Ismail, 2010).
Di Sabah pula, menurut Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar 2004 menunjukkan bahawa Sungai Likas adalah antara sungai yang sangat tercemar di Sabah. Terdapat juga dua sungai yang turut mengalami masalah pencemaran yang agak teruk iaitu Sungai Menggaris di Kota Kinabalu dan Sungai Pang Burong 1 dan 2 di Tawau.(Jabatan Penerangan Malaysia, 2006).
Pengurusan tapak pelupusan juga merupakan satu perkara yang penting yang perlu dititikberatkan di Malaysia.  Kawasan tapak pelupusan ini tidak diuruskan dengan efisien yang telah menyebabkan dan mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada sungai-sungai atau bekalan air. Kelemahan dalam sistem kutipan sisa buangan dan pengurusan di tapak pelupusan yang tidak sempurna telah meningkatkan tahap pencemaran air sungai yang berdekatan. (Tan Et. Al, 2002). Masalah dalam pengurusan tapak pelupusan yang tidak begitu cekap ini boleh mendatangkan masalah serius kerana disebabkan kehadiran air lelehan dari tapak pelupusan yang mengalir ke sungai berhampiran khususnya melalui aliran air bawah tanah dan ini secara langsung menyebabkan sungai tercemar.( Mohd. Nizzam, 2004).
Keadaan seperti ini secara tidak langsung telah menyebabkan hidupan akuatik di dalam sungai terdedah dengan aliran air yang tercmar selain daripada membawa pelbagai jenis penyakit berbahaya kepada penduduk yang menggunakan sumber air daripada sungai berkenaan. (Zaini,2010)
Sekarang ini, perkara yang paling membimbangkan adalah didapati kebanyakkan sungai yang terdapat di Selangor telah tercemar. Menurut Ketua Unit Permodelan Alam Sekitar, Pusat Penyelidikan Forensik Alam Sekitar (ENFORCE) Universiti Putra Malaysia, Dr Hafizan Juahir menyatakan bahwa bahagian air bersih sungai semakin pendek akibat daripada aktiviti guna tanah yang tinggi terutamanya di kawasan perumahan. ( Berita Harian, 2012)
        Selain daripada itu, pencemaran air juga sering dikaitkan dengan isu perundangan. Hal ini kerana, masih belum terdapat undang-undang yang mempu mengawal pencemaran air yang berlaku secara lebih jitu. Perundangan alam sekitar hanya dilihat sebgai alat undang-undang yang digunakan untuk mengawal alam sekitar daripada dicemari dan mengalami kemerosotan ataupun disebabkan oleh pencemaran smeula jadi. ( Jamaluddin, 2001). Walaupun di Malaysia terdapat undang-undang khas yang berkaitan dengan pencemaran air, tetapi ia masih belum menepati kehendak alam sekitar kita. Malahan, keadaan persekitaran ekologi dan habitat manusia secara keseluruhannya masih mengalami kemerosotan lebih-lebih lagi yang berkait rapat dengan sumber air seperti sungai. (Muhammad Rizal Razman,2010).  Terdapat pegawai penguatkuasa yang tidak mengetahui wujudnya peruntukan perundangan yang berkaitan dengan kawasaln pencemaran air ini. (Carolyn 2003).

  

RUJUKAN
Berita Harian.(2012) Kebanyakan Sungai Di Selangor Tercemar. 12/10/2012.

Carolyn Melissa Payus. (2003). Perundangan Alam Sekitar Kawan Pencmaran Air Dan Pentadbirannya Di Daerah Hulu Langant, Selangor. Projek Penyelidikan Sarjana Pengurusan Persekitaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Chan Ngai Weng(2003). Pengurusan Sumber Air Pada Abad Ke-21:Isu, Cabran Dan Prospek. Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.

Chan, N.W. (2002). Pembangunan, Pembandaran Dan Peningkatan Budaya Dan Bencana Air Di Malaysia : Isu, Pengurusan Dan Cabaran. Penang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia.

Haliza Abdul Rahman. (2007). Suatu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai Di Malaysia. 8-9 September 2007, Dibentangkan Di Persidangan Geografi 2007, Anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor. (2000). Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Tahun 2000. Kuala Lumpur. Kementerian Sains, Teknologi Dan Lama Sekitar.

Jabatan Penerangan Negeri Sabah. (2006). Bahan Maklumat: Pencemaran Air Di Sabah. Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia.

Jamaluddin Md. Jahi. (2001). Pengurusan Alam Sekitar Di Malaysia: Dari Stockholm Ke Rio De Jainero Dan Seterusnya. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi Selangor.
Muhammad Rizal Et. Al. (2010). Kawalan Pencemaran Sungai Dalam Melindungi Ekologi Dan  Habitat Manusia : Tinjauan Perundangan Di Malaysia. Sari- International Journal Of The Malay World And Civilization. 28(1). 227-240.
Mohd Ekhwan Toriman. Pengurusan Sumber Air Mapan di Pulau Pangkor. akademika 73 (Mei)2008: 71-72.
  Mohd Razali Abdul Razis (2008). Menganggar Pembebanan Fosforus Di Takungan Air Layang Menggunakan Simulasi Monte Carlo. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknolokgi Malaysia. 
Mohd Zuhaimi Bin Zainuddin. ( 2007).  Kajian Keberkesanan Pemasangan Perangkap Sampah Di Sungai Di Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.
Prof. Madya Abdullah @ Kassim Mohamad Et Al. ( 2004). Laporan Akhir Kajian Alam        Sekitar Dan Aktiviti Manusia Sebagai Peyumbang Pencemaran. Universiti Teknologi Malaysia Shah Alam.

Satish Kumar A/L Suppiah. (20030. Kajian Kualiti Air Di Sungai UTM. Universiti Teknologi Malaysia. Akademi Tentera Malaysia.

Shamsudin Bin Haji Abd. Latif.( 2005). Kertas Kerja 8 : Pemeliharaan Alam Sekitar – Satu Tanggungjawab Agama. Sesi IV : Isu – Isu Alam Sekitar Dan Kemasyarakatan Dalam Sebuah Ekonomi Maju. Jabatan Agama Alam Sekitar.  Hal 208.

Sulong Mohamad Et. Al. ( 2005). Sungai Dan Pembangunan Tebingan Sungai Bandar Malaysia Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj Mohd. Ismail Bin Merican. (2010). Keratan Akhbar : Isu Pencemaran E-Coli Di Tasik Kenyir. Kementerian Kesihatan Malaysia . 17 Disember 2010.

Toh Pah Rokiah Syed Hussain Dan Hamidi Ismail. (2001).  Laporan Penyelidikan : Pencemaran Kualiti Air Sungai Pasir Di Sungi Petani, Kedah. Sekolah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia.

Utusan Malaysia. 4 Februari 2007

Utusan Malaysia, 7 Februari 2007.

Zaini Sakawi Et. Al. (2010). Impak Pengurusan Tapak Pelupusan Ke Atas Kauliti Air Sungai Di Malaysia : Iktibar Dari Pengalaman Tapak Pelupusan Pajam Dan Sungai Pajam, Negeri Sembilan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysian Journal Of Society And Space 6 Issue 1 (50-59).


Dicatat oleh Unknown di 12:15 PG 0 ulasan
E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

Catatan Terbaru » « Catatan Lama
Langgan: Catatan (Atom)

TuaN pUNyEr beLog

Unknown
Lihat profil lengkap saya
Sue ChatBox

Blog Archive

  • ►  2014 (3)
    • ►  Julai (3)
  • ▼  2013 (7)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (1)
    • ▼  Mac (1)
      • HIDROLOGI DAN SUMBER AIR : ISU -ISU PENCEMARAN AIR...
    • ►  Februari (4)
  • ►  2012 (3)
    • ►  September (1)
    • ►  Februari (2)
  • ►  2011 (29)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (7)

Popular Posts

  • HIDROLOGI DAN SUMBER AIR : ISU -ISU PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA
                 Sumber air adalah suatu khazanah yang sangat berharga kepada semua kehidupan dimuka bumi ini kerana ianya merupakan sumber ke...
  • AKTIVITAS KU
    Assalamualaikum korang...... tengah buat ape tuhhh......... sue sehari suntuk nie bizi sangat dengan aktiviti yang di adakan di koelj ...
  • Pra Bufday yang ke 23....
    Yeahhhh.... dup... dap... dup... dap... counting hours untuk hari ulang tahun Sue yang ke 23..... ulang tahun yang ke 23 dalam ramadhan y...
  • KIMBAP : mudahnyerrrrrrrrr nak buat.....
    Assaalamualaikummmm................. semalam Sue ada buat Kimbap... untuk family sue makan......... ianya sejenis makanan Korea..... Su...
  • Thesis Oh Thesis !!!
      Aassalamualaikum wbt..... lama dah tak post dalam blog nih kan. dah berhabuk-habuk. hihihi.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAH...
  • PENGERTIAN~~~
    Cinta…… Sesuatu yang sukar nak dijangkakan oleh semua orang…. Terpulanglah… Sama ada orang itu kita sendiri mahupun orang lain Da...
  • ‘SYUKUR ALHAMDULILLAH’
    Assalamualaikum korang….. Lame dah Sue tak update blog kan…… Emmmm……sibuk sangat kot sampai blog ni dah tak dijenguk lagi.. ...
  • TANDA KAMU SUKA SI DIA
    Haa…sekarang nie sue nak bagi tahu korang tanda2 orang tu suke kat korang/ tanda korang suke kat orang tuu. semua nie adalah mengikut pengal...
  • jarak memisahkan kita...
    Asaalamualaikum…. Sekarang aku nak cerita lak pasal cinta monyetku yang kedua. Cinta monyet ini bermula mase aku form 4. Hahahahah….. kisa...
  • Entah...Mengapa....
    membilang tanpa seribu kata.... meminta tanda untuk menyapa.... dirimu yang aku puja-puja... supaya akan terluah semua.... isi hatiku yang t...

Lovely Friends

Pavoret Bloglist

  • berita harian online

Left Content

Protected by Copyscape Unique Content Checker
Suehamzahahlife. Dikuasakan oleh Blogger.

Networked Blog Friends

Follow this blog

Trafik Aku

Powered By Blogger
 
Copyright © Sue Hamzahah Life : Through My Little Heart. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block. Price India. Hostgator Coupon.
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates