Asaalamualaikum…. Sekarang aku nak cerita lak pasal cinta monyetku yang kedua. Cinta monyet ini bermula mase aku form 4. Hahahahah….. kisah cinta monyet ini yang paling lawak buat aku.
Kisahnya bermula bila aku mengikuti satu majlis ni. Heemmmm…… pada awalnya majlis tu biase-biase jer buat aku. Sebab tak ade ape-ape yang menyeronokan mase tu… then, tetibe jer aku ternampak kelibat seorang lelaki nie. Perwatakannya sangat menarik dimataku. Sikapnya yang sentiasa tenang menyebabkan aku nekad untuk berkenalan dengan dirinya. Inilah kali pertamanya aku berani memulakan bicaraku dengan seseorang lelaki.
Aku berkenalan dengan lelaki itu buat pertama kalinya selepas majlis itu tamat. Sebelum aku pulang ke tempatku di M, aku sempat meminta nombor telefon dari lelaki tersebut. Heemmmm… aku tak tahu kenapa aku menjadi sangat berani pada ketika itu. Kenderaan yang mengambil aku dan rakan-rakan ku yang lain telah tiba. Saat aku menaiki kenderaan itu, berat rasa hatiku meninggalkan lelaki itu. Sepanjang perjalanan, aku asyik teringatkan wajah lelaki itu. Aku pun tak tahu kenapa aku asyik teringatkan si dia. Hahahhahahaa….. adakah ini dinamakan cinta?????
Setibanya aku di rumah, aku terus merebahkan badanku yang keletihan di atas katilku. ‘’kenapa aku rindu kat lelaki tu??? kenapa aku rindu untuk mendenganr suaranya??? Semua soalan itu sentiasa bermain di dalam benak fikiranku. Heemmmm…… aku nak menghubungi dia pun terasa malu. Kalau aku menghubunginya dulu, bukankah aku seperti perigi mencari timba….. huhuhuuuuuhuhuh….. tapi rasa rindu aku untuk mendengar suaranya sudah tidak tertahan lagi.Pada malamnya, setelah aku selesai mandi dan makan, aku terus menghubungi lelaki itu.
‘’hello, siapa itu????’’
Hati aku tetibe jer jadi gelisah. Dengupan jantungku semakin pantas berdegup. Suara lelaki itu seakan menggegarkan seluruh tubuhku. Heemmm… itulah suara yang aku rindukan sesangat. Alangkah bahagia rasa hatiku saat akau mendengar suara yang aku rindu-rindukan selama ini. Hahahahhaha…..aku tak tahu kenapa aku jadi begini saat pertama kali aku mengenali lelaki itu.
Agak lama jugalah kami berhubungan. Tapi jarak sentiasa menjadi penghalang dalam sesuatu perhubungan itu. Setahun kemudian, aku tidak lagi berhubung dengan lelaki itu. Walaupun rasa cinta ini masih ada, aku terpaksa menghapuskan perasaan ini. Semuanya demi kebaikan aku juga. Aku ingin mencuba menerima cinta lelaki yang mencintaiku. Biarlah rasa cinta aku kepada lelaki itu aku pendam. Heemmmm…….. cinta monyetlah katakana…..
Korang perasan tak aku tak tulis pun nama lelaki kat atas. Sebab kalo korang tahu, malulah aku. Hahahahahha…… aku takutlah jugak kalo lelaki itu dah jadi milik orang lain, then gf die orang saman aku… hahahhaha… tak ke mampus aku nanti…..
Kehhhh…. Wassalam…………….
0 ulasan:
Catat Ulasan