Sumber air adalah suatu khazanah yang sangat berharga
kepada semua kehidupan dimuka bumi ini kerana ianya merupakan sumber keperluan
harian manusia (Satish 2003) seperti
kegunaan domestik, untuk makan dan minum, mandi, memasak dan banyak lagi.
Sumber air yang banyak ini sesungguhnya telah memberikan banyak kebaikan untuk
kehidupan hidupan di muka bumi terutama sekali kepada manusia. Tetapi
masalahnya sekarang adalah, adakah manusia menggunakan sumber air ini dengan cara yang bijak dan terjaga serta
apakah isu-isu yang timbul akibat daripada pencemaran sumber air yang
ditimbulkan oleh manusia itu sendiri? Tepuk dada tanyalah selera.
Pencemaran air merupakan suatu fenomena yang sudah
sebati dengan penduduk di bumi terutama sekali di Malaysia. Pencemaran boleh
dikategorikan kepada dua bahagian aiitu pencemaran punca bertitik dan punca
pencemaran tidak bertitik ( Moran et.
Al, 1996). Seperti yang kita sedia maklum, kita memperolehi sumber air
kebanyakkannya daripada sungai-sungai. Sungai merupakan elemen yang sangat
penting dalam sejarah tamadun manusia. (
Mohd Zuhaimi, 2007). Sungai-sungai yang mengalirkan air ini adalah salah
satu sumber air yang penting dan disalurkan ke setiap rumah, bangunan,
kawasan-kawasan tertentu dan banyak lagi. Pencemaran air yang berlaku telah
menyebabkan sesetengah kawasan mengalami masalah bekalan air. Penyumbang kepada
berlakunya masalah air ini adalah manusia itu sendiri. (Abdullah, 2004)
Air boleh dikatakan telah tercemar apabila berlakunya
penurunan ke atas kualiti air yang sedia ada dan berlaku perubahan dari sgi
fizikal air iaitu warna pada air, dari segi biologi iaitu hidupan akuatik di
dalam air/ sungai dan dari segi kimia iaitu kandungan nutrient atau plankton di
dalamnya. Menurut jabatan alam sekitar,
sumber ini di katakana mengalami pencemaran apabila berlakunya sebarang
perubahab secara langsung atau sebaliknya dalam kandungan air yang disebabkan
oleh kegiatan manusia dan sumber ini tidak sesuai untuk kegunaan harian
manusia. (Surtahman Dan Ghafar, 1997 ).
Menurut
UNESCO pula mendefinisikan pencemaran air sebagai satu
pelemahan ke atas fungsi air yang meninggalkan kesan negatif terhadap
penggunaannya. ( Kementerian Kewangan
Malaysia 1977, Dalam Laporan Penyelidikan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain Dan
Hamidi Ismail, 2001). Pencemaran sumber air ini adalah disebabkan oleh
kepelbagaian aktiviti manusia termausklah pelepasan dari industri-industri yang
berasaskan pelbagai jenis pencemar termasuklah bahan organik, bahan kimia dan
juga pencemar fizikal. (Shamsudin, 2005).
Isu yang sering dibahaskan dan diberikan perhatian
yang berkaitan dengan sumber air ini adalah keadaan sungai yang ada di Malaysia
kini. Sebagai contohnya disini, di Selangor sahaja, ada 26 batang sungai utama
yang menjadi sumber air kepada penduduk di sekitar Lembah Klang dan didapati
hanya lapan batang sungai sahaja yang dikategorikan sebagai bersih manakala
tujuh lagi sungai yang lain diketegorikan sebagai sungai yang mati dan
selebihnya pula sederhana tercemar. (Haliza,
2007)
Pada tahun 2007 pula, kajian yang telah dijalankan
oleh penyelidik mendapati bahawa sebanyak 16 batang sungai di dalam Malaysia
ini dikategorikan sebagai tercemar dan ‘hampir mati’. Antara sungai yang
didapati mengalami keadaan tersebut ialah sungai yang berada di Pulau Pinang,
Kuala Lumpur, Selangor dan juga Johor.
(Utusan Malaysia, 4 Februari 2007).
Pada 8 Disember 2010, terdapat beberapa keratan akhbar
tempatan yang telah melaporkan tetang keadaan air di Tasik Kenyir yang telah
tercemar akibat bakteria E-coli. Ia dikatakan sebagai auatu tahap yang
membimbangkan. Ini adalah kerana terpadatnya pembuangan sisa kumbahan dan air
buangan oleh pengusaha bot di kawasan tasik itu. Sampel air di sekitar kawasan
tasik itu telah di ambil dan di dapati tahap pencemaran E-coli adalah diantara
2 hingga 920 MPN/100ml. Tahap kebersihan
air ini membuktikan bahawa ianya jauh di bawah tahap maksimum kesesuaian sumber
air mentah berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu
5,000MPN/100ml. Kajian ini mendapati bahawa keadaan air di Tasik Kenyir ini
masih berada pada tahap air mentah lagi. (Hj.
Mohd. Ismail, 2010).
Di Sabah pula, menurut
Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar 2004 menunjukkan bahawa Sungai Likas
adalah antara sungai yang sangat tercemar di Sabah. Terdapat juga dua sungai
yang turut mengalami masalah pencemaran yang agak teruk iaitu Sungai Menggaris
di Kota Kinabalu dan Sungai Pang Burong 1 dan 2 di Tawau.(Jabatan Penerangan Malaysia, 2006).
Pengurusan tapak pelupusan juga merupakan satu perkara
yang penting yang perlu dititikberatkan di Malaysia. Kawasan tapak pelupusan ini tidak diuruskan
dengan efisien yang telah menyebabkan dan mendatangkan masalah kepada alam
sekitar terutamanya kepada sungai-sungai atau bekalan air. Kelemahan dalam
sistem kutipan sisa buangan dan pengurusan di tapak pelupusan yang tidak
sempurna telah meningkatkan tahap pencemaran air sungai yang berdekatan. (Tan Et. Al, 2002). Masalah dalam
pengurusan tapak pelupusan yang tidak begitu cekap ini boleh mendatangkan
masalah serius kerana disebabkan kehadiran air lelehan dari tapak pelupusan
yang mengalir ke sungai berhampiran khususnya melalui aliran air bawah tanah
dan ini secara langsung menyebabkan sungai tercemar.( Mohd. Nizzam, 2004).
Keadaan seperti ini secara tidak langsung telah menyebabkan
hidupan akuatik di dalam sungai terdedah dengan aliran air yang tercmar selain
daripada membawa pelbagai jenis penyakit berbahaya kepada penduduk yang
menggunakan sumber air daripada sungai berkenaan. (Zaini,2010)
Sekarang ini, perkara yang paling membimbangkan adalah
didapati kebanyakkan sungai yang terdapat di Selangor telah tercemar. Menurut Ketua Unit Permodelan Alam Sekitar,
Pusat Penyelidikan Forensik Alam Sekitar (ENFORCE) Universiti Putra
Malaysia, Dr Hafizan Juahir menyatakan bahwa bahagian air bersih sungai semakin
pendek akibat daripada aktiviti guna tanah yang tinggi terutamanya di kawasan
perumahan. ( Berita Harian, 2012)
Selain
daripada itu, pencemaran air juga sering dikaitkan dengan isu perundangan. Hal
ini kerana, masih belum terdapat undang-undang yang mempu mengawal pencemaran
air yang berlaku secara lebih jitu. Perundangan alam sekitar hanya dilihat
sebgai alat undang-undang yang digunakan untuk mengawal alam sekitar daripada
dicemari dan mengalami kemerosotan ataupun disebabkan oleh pencemaran smeula
jadi. ( Jamaluddin, 2001). Walaupun
di Malaysia terdapat undang-undang khas yang berkaitan dengan pencemaran air,
tetapi ia masih belum menepati kehendak alam sekitar kita. Malahan, keadaan
persekitaran ekologi dan habitat manusia secara keseluruhannya masih mengalami
kemerosotan lebih-lebih lagi yang berkait rapat dengan sumber air seperti
sungai. (Muhammad Rizal Razman,2010). Terdapat pegawai penguatkuasa yang tidak
mengetahui wujudnya peruntukan perundangan yang berkaitan dengan kawasaln
pencemaran air ini. (Carolyn 2003).
RUJUKAN
Berita Harian.(2012) Kebanyakan Sungai Di Selangor
Tercemar. 12/10/2012.
Carolyn Melissa
Payus. (2003). Perundangan Alam Sekitar Kawan Pencmaran Air Dan Pentadbirannya
Di Daerah Hulu Langant, Selangor. Projek Penyelidikan Sarjana Pengurusan
Persekitaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Chan Ngai
Weng(2003). Pengurusan Sumber Air Pada Abad Ke-21:Isu, Cabran Dan Prospek.
Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.
Chan, N.W. (2002).
Pembangunan, Pembandaran Dan Peningkatan Budaya Dan Bencana Air Di Malaysia :
Isu, Pengurusan Dan Cabaran. Penang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia.
Haliza Abdul
Rahman. (2007). Suatu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai Di Malaysia. 8-9
September 2007, Dibentangkan Di Persidangan Geografi 2007, Anjuran Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Jabatan Alam
Sekitar Negeri Selangor. (2000). Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar Negeri
Selangor Tahun 2000. Kuala Lumpur. Kementerian Sains, Teknologi Dan Lama
Sekitar.
Jabatan Penerangan
Negeri Sabah. (2006). Bahan Maklumat: Pencemaran Air Di Sabah. Bahagian
Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia.
Jamaluddin Md.
Jahi. (2001). Pengurusan Alam Sekitar Di Malaysia: Dari Stockholm Ke Rio De
Jainero Dan Seterusnya. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi Selangor.
Muhammad Rizal Et. Al. (2010). Kawalan Pencemaran
Sungai Dalam Melindungi Ekologi Dan
Habitat Manusia : Tinjauan Perundangan Di Malaysia. Sari- International
Journal Of The Malay World And Civilization. 28(1). 227-240.
Mohd Ekhwan Toriman. Pengurusan Sumber Air Mapan di Pulau Pangkor.
akademika 73 (Mei)2008: 71-72.
Mohd Razali Abdul Razis (2008). Menganggar
Pembebanan Fosforus Di Takungan Air Layang Menggunakan Simulasi Monte Carlo.
Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknolokgi Malaysia.
Mohd Zuhaimi Bin Zainuddin.
( 2007). Kajian Keberkesanan Pemasangan
Perangkap Sampah Di Sungai Di Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi
Malaysia.
Prof. Madya
Abdullah @ Kassim Mohamad Et Al. ( 2004). Laporan Akhir Kajian Alam Sekitar Dan Aktiviti Manusia Sebagai
Peyumbang Pencemaran. Universiti Teknologi Malaysia Shah Alam.
Satish Kumar A/L
Suppiah. (20030. Kajian Kualiti Air Di Sungai UTM. Universiti Teknologi
Malaysia. Akademi Tentera Malaysia.
Shamsudin Bin Haji
Abd. Latif.( 2005). Kertas Kerja 8 : Pemeliharaan Alam Sekitar – Satu
Tanggungjawab Agama. Sesi IV : Isu – Isu Alam Sekitar Dan Kemasyarakatan Dalam
Sebuah Ekonomi Maju. Jabatan Agama Alam Sekitar. Hal 208.
Sulong Mohamad Et.
Al. ( 2005). Sungai Dan Pembangunan Tebingan Sungai Bandar Malaysia Bangi :
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tan Sri Dato’ Seri
Dr. Hj Mohd. Ismail Bin Merican. (2010). Keratan Akhbar : Isu Pencemaran E-Coli
Di Tasik Kenyir. Kementerian Kesihatan Malaysia . 17 Disember 2010.
Toh Pah Rokiah Syed
Hussain Dan Hamidi Ismail. (2001).
Laporan Penyelidikan : Pencemaran Kualiti Air Sungai Pasir Di Sungi
Petani, Kedah. Sekolah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia.
Utusan Malaysia. 4
Februari 2007
Utusan Malaysia, 7
Februari 2007.
Zaini Sakawi Et. Al.
(2010). Impak Pengurusan Tapak Pelupusan Ke Atas Kauliti Air Sungai Di Malaysia
: Iktibar Dari Pengalaman Tapak Pelupusan Pajam Dan Sungai Pajam, Negeri Sembilan.
Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysian Journal Of Society And Space 6 Issue
1 (50-59).
0 ulasan:
Catat Ulasan