• Home
  • About
  • Contact
  • Help
skip to main | skip to sidebar

Sue Hamzahah Life : Through My Little Heart

Rabu, 23 Februari 2011

AYAM PANGGANG VERSI SUE

Assalam korang~~~
hari nie sue nak kongsi dengan korang resepi sue lak...
ayam panggang nie sue belajar dari  mak cik sue...
tapi sue ade tambahlah sedikit bahan-bahan masa nak peram ayam tuu...

bahan-bahan yang sue gunakan::::

 >>mestilah ayam kan..
suka hati nak guna banyak mana ayam tu....

>> serbuk kari
ikut suka..nak lebih rasa kari tu, boleh lah letak banyak sikit...

>>gula apung/ gula/ gula perang
letaklah sesedap rasa... nak kasi ayam tu ada rasa manis sikit... dan mencantik lagi kulit ayam semasa di panggang...

>> jintan putih
jintan tu goreng tanpa minyak dulu...pastu tumbukkan sehingga halus.. jangan letak banyak sangat. juz nak mewangikan ayam tuu...

>>serbuk kunyit
letak sikit jerk keehhh... supaya nampak lebih menarik..

>>lada
sesaper yang suka pedas tu, boleh lah letak lada..

>>serbuk perasa dan garam
letaklah ikut  suka...sesedap rasa..

>>minyak 
digunakan semasa memanggang.


SELAMAT MENCUBA !!!!


** RASA AYAM NIE MEMANG SEDAP..... HEHEHEH.... JANGAN TAK CUBA PULAK....
Dicatat oleh Unknown di 8:40 PG 0 ulasan
E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

Ahad, 20 Februari 2011

DEMAM MENTOR 5 BERMULA



Demam mentor 5 baru sahaja bermula. mentor musim kelima ini akan membawa kepada sesuatu yang baru dengan kehadiran mentor-mentor baru. 
Antara artis-artis yang terlibat menjadi mentor kali ini ialah ::


Afdlin Shauki


Edry Halim


 Rahim Maarof

 Sharifah Ain

Erra Fazira

 Noh Hujan

 Dengan adanya artis-artis ini pastinya akan menghangatkan lagi suasana pertandingan ini.
Pastinya saingan yang lebih hebat berlaku. 


Banyak bakat-bakat baru yang  dicungkil dari uji bakat yang  dijalankan. Sambutan mentor musim ini mendapat perhatian ramai yang datang dari seluruh Malaysia. Pastinya semua orang menanti-nantikan Mentor kali ini.




Siapakah yang bakal menjadi protege kepada mentor-mentor bagi musim ini?. sama-samalah kita nantikannya. Mentor yang manakah bakal menang pada tahun ini???
Dicatat oleh Unknown di 6:50 PG 0 ulasan
E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

Jumaat, 18 Februari 2011

KEK LAPIS TEMBIKAI


Bahan A: 

12 biji telur (Gred B)
200gm Gula halus
250gm tepung Hong Kong
170gm Serikaya (tin kecil)
50gm serbuk santan
50gm Horlicks
1 sk esen vanilla
1 sm ovallate

Bahan B:
454gm Butter Golden Churn
400gm Susu pekat manis



Bahan C:
Chocolate chip @ kismis hitam secukupnya
pewarna merah
pewarna hijau

Cara Membuatnya:
1. Pukul bahan B hingga putih & berkrim. Ketepikan adunan B.

2. Pukul telur, gula, ovallate & esen vanilla supaya telur berbuih sedikit. Kemudian masukkan tepung HK & pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi putih & berkrim.

3. Masukkan serbuk santan, serikaya & horlicks. Pukul sehingga semuanya sebati. Siap adunan A, masukkan kedalam bekas yang lebih besar.

4. Campurkan adunan A & adunan B. Gaul dengan menggunakan senduk sehingga semuanya sebati.

5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian supaya dapat hasilkan:
- 3 lapis hijau
- 2 lapis kuning (plain)
- lapis selebihnya merah.

6. Bakar warna hijau dahulu, diikuti plain & diikuti warna merah sehingga habis.

7. Utk setiap lapisan merah, taburkan chocolate chip.



** rasa kek ini agak manis yer...... korang bolehlah kurangkan cikit gula or susu yang digunakan... selamat mencuba...........
Dicatat oleh Unknown di 8:28 PG 0 ulasan
E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

Khamis, 17 Februari 2011

KEK LAPIS BATIK KENYALANG

Bahan-Bahan
500 gm mentega golden churn 
200 gm gula halus
390 gm susu pekat
150 gm horlick
200 gm jem buah-buahan (saya gunakan jem black current)
300 gm tepung hongkong
10 biji telur gred A
1 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil pewarna merah
1 sudu kecil pewarna purple - sue guna satu lagi warna



Cara
 >> Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. (selama kira-kira 3-4 minit).
>>Di dalam bekas yg lain, pukul telur sehingga kembang (kira-kira 3-4 minit).
>> Campurkan adunan mentega dan telur, pukul hingga sebati atau selama 2 minit.
>>Masukkan susu pekat, jem, Horlick dan tepung. Pukul selama 2 minit.(dgn speed sederhana)
>> Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan utk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas- 1 lapis 2 senduk adunan. Kemudian bubuhkan dgn sedikit pewarna kuning. Yg selebihnya, saya bahagikan kpd 3 bahagian- merah, hijau dan jingga (oren).
>>Tuang 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang 9" x 9" yg telah dialas kertas dan digris. >>Bakar sehingga 3 lapis adunan kuning ini dgn api grill, suhu 180 -200 darjah).
>>Masukkan adunan merah, hijau (& oren) ke dalam botol sos berasingan. Bila 3 lapisan kuning tadi dah masak, paipkan secara menyerong (diagonally) adunan hijau berselang-seli dgn merah dan oren sehingga menutupi lapisan bawah. Bakar pada suhu yg sama sehingga lapisan masak.
 >> Kemudian, paipkan pula lapisan 3 warna tadi secara bertentangan dengan lapisan sebelumnya. Ulangi proses ini sehingga adunan selesai.
>> Untuk lapisan atas, gunakan adunan kuning yang masih ada 6 senduk tadi utk membuat 3 lapisan. Bakar seperti biasa dgn api grill sehingga masak.



 ** mase sue buat kek nie, sue guna jem black current... rasanya lebih enak...... sue jugak tambah satu warna lain dalam nie iaitu warna purple...... bagi lapisan kuningnya pula... sue buat 2 lapisan yang agak tebal...  SELAMAT mENCUBA ~~~
Dicatat oleh Unknown di 6:02 PG 0 ulasan
E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

KEK LAPIS COKLAT CADBURY

BAHAN-BAHAN
10biji telur gred A
2gelas gula castor
1tin susu pekat cap junjung
16oz Golden Churn Butter
1sudu kecil esen vanilla
3gelas tepong hong kong
1 sudu besar cocoa powder van houten
1sudu brownning 
1gelas horlicks
1 sudu besar ovellette
1bungkus candy cadbury



Cara2

1. Pukul telur berasingan hingga kembang
2. Pukul Mentega golden churn & gula castor,esen vanilla,ovelette hingga kembang
3. Masukan susu pekat pukul lagi
4. Satukan telur + butter tadi.
5. Masukan tepung hong kong sedikit demi sedikit sehingga habis.

panaskan oven,bahagikan kepada 2 bahagian
Bahagian 1 -Masukan horlicks sedikit demi sedikit kacau sebati

Bahagian 2 - Masukan brownning + cocoa powder

Masukan ke dalam loyang 8x8 bahagian putih dahulu 3sudu besar,bakar api atas sahaja.
selepas itu masukan bahagian cocoa 3sudu besar juga ratakan baru letakan candy cadbury tadi,bakar
selepas itu masukan 3sudu besar lagi bahagian putih.bakar lagi
Buat sampai adunan habis.




**rasa kek nie sebab sesangat... sue dah cuba buat kek nie masa hari raya tahun lepas. semua kengkawan sue suke makan kek nie... hihihihihi.....Selamat Mencuba semua.....


Dicatat oleh Unknown di 5:21 PG 0 ulasan
E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

Jumaat, 11 Februari 2011

wAnita


Perempuan, gadis, wanita dan isteri adalah suatu istilah yang sama. kaum hawa adaalah insan yang lemah dan memerlukan perhatian yang secukupnya dari seseorang. walaupun secara fiziknya wanita itu nampak tegas, tetapi pada hakikatnya mereka masih memerlukan insan yang bernama lelaki bagi memenuhi hari-hari mereka.

biarpun banyak wanita zaman sekarang mengatakan bahawa mereka masih boleh hidup tanpa lelaki, tetapi sebenarnya tidak. setiap wanita dicipta untuk lelaki sebagaimana tarciptanya hawa daripada adam. wanita masih memerlukan lelaki untuk memenuhi keperluan hidup mereka.
   
akan begitu, ramai juga golongan wanita zaman sekarang takut untuk memulakan sesuatu hubungan dengan serius disebabkan oleh pemgalaman yang pernah dilaluinya. oleh sebab pengalaman bercinta yang dahulunya tidak seindah rupa menyebabkan mereka takut untuk menerima cinta dari insan lain.

kepercayaan kepada golongan lelaki semakin berkurangan apatah lagi lelaki zaman sekarang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan kaum hawa. ada lelaki yang menanggap dirinya ibarat 'buaya darat' gemar untuk 'memasang' lebih daripada seorang wanita.

terdapat juga segelintir lelaki yang pintar dalam memanipulasi wanita dengan kata-kata manis.dengan mudahnya mereka melafazkan kata-kataa cinta dengan begitu ramai wanita. kini, cinta hanyalah mainan bibir semata-mata. apa ertinya cinta sejati kini????


pada awalnya memang lelaki akan berusaha untuk merayu perempuan itu dengan kata-kata manis sebelum diri mereka berhasil mendapatkan wanita itu. akhirnya, apabila mereka sudah berjaya mendapatkan cinta wanita itu, lama-kelaman hubungan mereka mulai dingin. tiada lagi kata-kata manis yang terucap dibibirnya. apa yang tertingggal kini hanyalah kejian yang mengguris jiwa. wanita itu akhirnya akan ditinggalkan begitu sahaja untuk perempuan lain. seperti yang selalu kaum lelaki ucapkan ::::


## "maaf sayang, jodoh kita hanya setakat disini sahaja. lupakanlah saja aku. carilah lelaki yang lebih baik dari      
      diriku''

adakah semudah itu untuk seseorang lelaki itu untuk melafazkan dan memutuskan cinta mereka????? mengapa begitu sukar untuk mereka mempertahankan kesetiaan mereka terhadap seorang wanita????
jangan pernah menyalahkan kaum hawa sekiranya mereka sering kali menolak cinta ''kamu''. hal ini kerana mereka tidak ingin sejarah silam mereka kembali menghantui diri mereka.
  
sama-samalah kita renungkan....
adakah kita layak untuk membicarakan soal cinta jika kita sendiri masih belum mengetahui apa ertinya cinta.....??????????

Dicatat oleh Unknown di 10:32 PTG 0 ulasan
E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

PeTua CinTa

 Assalam readersss…….
Sue ade beberape petua cinta nak
Dikongsikan dengan korang sama ada
 korang yang tengah mencari cinta
 dan yang sedang bercinta........

Petua 1::
~~kalau anda nak bercinta,
terimalah pasangan anda seadanya.
~~jangan membandingkan pasangan
 anda dengan orang lain.
~~ambil berat tentang pasangan anda juga


Petua 2::
 ~~kejujuran dalam bercinta juga penting
~~ kalau satu masa anda tak lagi
suka dengan pasangan anda,
berterus terang sahaja. jangan bagi alasan yang
tak munasabah tiba-tiba sahaja terus putus.
~~berfikiran terbuka supaya semua benda
 menjadi senang. kalau tak suka
berterus-terang sahaja. tak perlu
memanjangkan masa bercinta yang
 pada akhirnya akan menjadi lebih parah.

 Petua 3 ::
~~jangan hipokrit
~~jadilah diri sendiri dan tak
perlu sembunyi-sembunyi.
~~kalau kahwin nanti, tak laa si dia
  terkejut dengan sikap kita.
~~tetapi kita perlu jadi hipokrit dalam
 kehidupan kerana kita tidak akan tahu
apa yang bakal terjadi
di kemudian hari.
~~tapi, kita perlulah sentiasa
berhati-hati dan jangan
 sampai ada yang terluka
  
Petua 4::
~~ apabila ada pasangan yang
 buat salah, tegurlah pasangan
anda secara berhemah
~~kena lah tegur pada waktu
 dan masa yang sesuai
~~ tegurlah dengan cara yang 'kena'
untuk kita tegur pasangan kita
  
Petua 5::
~~setia dengan pasangan juga penting
~~kesetiaan pentiang supaya
 wujudnya kepercayaan antara
 satu sama yang lain.
~~bagi pasangan yang tinggal
berjauhan, janganlah mencuba
untuk mencurangi pasangan anda
  
Petua 6::
~~saling sayang-menyayangi dan
hormat-menghormati pasangan anda
~~sifat ini akan menjadikan kehidupan
 lebih baik dan sejahtera.
~~hubungan akan jadi
 lebih intim dan bahagia.

so, amacam petua cinta dari sue.... ok tak??? 
kalau korang pandai menjaga sesuatu 
perhubungan itu..insyaallah hubungan
 korang akan berkekalan sampai
 bila-bila... oklah u ollss.....
.wassalam dari sue..........


Dicatat oleh Unknown di 10:11 PTG 0 ulasan
E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

keNapa or Why??????????


Semakin hari aku cuba untuk lari dari kenyataan hidup yang menyakitkan hati ini, semakin aku merasakan diriku ini dihimpit kesepian. Tiada satupun yang mampu menarik perhatian hatiku untuk dijadikan sebagai teman hidupku. Semuanya hanya sekadar pencuci mata buatku. Hati ku sudah pernah dilukai oleh seseorang dan hatiku juga pernah disayangi seseorang juga. Sukar untuk aku menerima kembali insan yang bernama lelaki buat peneman diriku dikala sunyi. Kenapa harus ada dia ….. kenapa mesti dia yang menjadi kekasihku……

Aku benci bila dirinya semakin menjauh dari diriku ini. Semakin aku mencuba untuk melupakan dirinya, semakin aku merasa tersepit di celah-celah kekacauan cinta yang tak berpenghujung ini. Kau yang pernah mengatakan cinta kepada diriku. Kau jugalah yang pernah menemani hari-hariku. Tapi kini kau tiba-tiba pergi dari hidupku ini kasih. Dimana harusku mencari pengganti seperti dirimu.? Hilangnya dirimu sudah tak memberikan diriku sedikit kebahagiaan lagi. Hancur semuanya dihempas badai yang kuat.

Bagaimana hendakku lakukan lagi. ?Biarlah ini semua terjadi kepada diri ku. Biarkan aku seorang yang menanggung sepi dan menangisi kepergian dirimu. Pergi nya dirimu dari dunia ini tak beerti dirimu juga hilang dari ingatan dan hatiku. Biarlah ianya bersama bersemadi dan menjadi kenangan yang paling terindah buat kita berdua. Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana aku merasakannya betapa teruknya hidupku kini tanpa dirimu kasih….

Dicatat oleh Unknown di 10:04 PTG 0 ulasan
E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

Khamis, 10 Februari 2011

HoROSkOP


CAPRICON
22 DIS – 19 JAN
KAMBING

AQUARIUS
20 JAN- 18 FEB
PASU AIR

PISCES
19 FEB – 20 MAC
IKAN

ARIES
21 MAC – 20 APR
KAMBING

TAURUS
21 APR – 20 MEI
KERBAU

 
GEMINI
21 MEI – 21 JUN
KEMBAR

CANCER
22 JUN – 22 JUL
KETAM

LEO
23 JUL – 23 OGOS
SINGA

VIRGO
24 OGOS – 23 S EPT
PEREMPUAN

LIBRA
24 SEPT – 23 OKT
DACING
  
 SCORPIO
24 OKT – 21 NOV
KALA JENGKING

SAGITAURUS
22 NOV – 21 DIS
ANAK PANAH

Dicatat oleh Unknown di 10:44 PTG 0 ulasan
E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook

Catatan Terbaru » « Catatan Lama
Langgan: Catatan (Atom)

TuaN pUNyEr beLog

Unknown
Lihat profil lengkap saya
Sue ChatBox

Blog Archive

  • ►  2014 (3)
    • ►  Julai (3)
  • ►  2013 (7)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (4)
  • ►  2012 (3)
    • ►  September (1)
    • ►  Februari (2)
  • ▼  2011 (29)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  April (1)
    • ▼  Februari (14)
      • AYAM PANGGANG VERSI SUE
      • DEMAM MENTOR 5 BERMULA
      • KEK LAPIS TEMBIKAI
      • KEK LAPIS BATIK KENYALANG
      • KEK LAPIS COKLAT CADBURY
      • wAnita
      • PeTua CinTa
      • keNapa or Why??????????
      • HoROSkOP
      • RIndu gileR
      • BuBur peDas sArawak versi aku
      • putus cinta!!!!!
      • Gzell feat Zain - Kamu Yang OST Seribu Kali Cinta
      • surat buat kekasih~~
    • ►  Januari (7)

Popular Posts

  • HIDROLOGI DAN SUMBER AIR : ISU -ISU PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA
                 Sumber air adalah suatu khazanah yang sangat berharga kepada semua kehidupan dimuka bumi ini kerana ianya merupakan sumber ke...
  • Pra Bufday yang ke 23....
    Yeahhhh.... dup... dap... dup... dap... counting hours untuk hari ulang tahun Sue yang ke 23..... ulang tahun yang ke 23 dalam ramadhan y...
  • AKTIVITAS KU
    Assalamualaikum korang...... tengah buat ape tuhhh......... sue sehari suntuk nie bizi sangat dengan aktiviti yang di adakan di koelj ...
  • KIMBAP : mudahnyerrrrrrrrr nak buat.....
    Assaalamualaikummmm................. semalam Sue ada buat Kimbap... untuk family sue makan......... ianya sejenis makanan Korea..... Su...
  • ‘SYUKUR ALHAMDULILLAH’
    Assalamualaikum korang….. Lame dah Sue tak update blog kan…… Emmmm……sibuk sangat kot sampai blog ni dah tak dijenguk lagi.. ...
  • Thesis Oh Thesis !!!
      Aassalamualaikum wbt..... lama dah tak post dalam blog nih kan. dah berhabuk-habuk. hihihi.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAH...
  • jarak memisahkan kita...
    Asaalamualaikum…. Sekarang aku nak cerita lak pasal cinta monyetku yang kedua. Cinta monyet ini bermula mase aku form 4. Hahahahah….. kisa...
  • I LOVE YELLOW???
    Assalamualaikum korang….. Apa khabar yer???? hihihihi..... macam tak der soalan lain lak..... Sue tengah mushkil sekarang ni.... ...
  • WELCOME BACK TO ME !
    Assalamualaikum..... sekarang kita dalam bulan puasa dah....  tak sangka cepatnya masa berlalu..... ramadhan yang ke 23 buat aku...... ...
  • Oh Lelaki....... !!!!
    Assalamualaikum.... Sue dapat request untuk tulis pasal lelaki dari salah seorang pembaca blog ni.... Jadi, entri kali ini Sue nak crita ...

Lovely Friends

Pavoret Bloglist

  • berita harian online

Left Content

Protected by Copyscape Unique Content Checker
Suehamzahahlife. Dikuasakan oleh Blogger.

Networked Blog Friends

Follow this blog

Trafik Aku

Powered By Blogger
 
Copyright © Sue Hamzahah Life : Through My Little Heart. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block. Price India. Hostgator Coupon.
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates